Sunday, October 12, 2008

Tok Aki Man

Nama sebenar Arwah Atok (sebelah emak) aku ini ialah Abdul Rahman Bin Haji Sulaiman. Menetap di Pekan Pahang dan beliau merupakan anak yang ke 2 daripada 2 adik beradik. Kiranya beliau ini adalah anak bongsu. Nama abang beliau pula ialah Abdullah Bin Hj Sulaiman. Tidak banyak yang aku tahu mengenai arwah, tetapi apa yang dimaklumkan, disampaikan atau diceritakan bahawa beliau adalah seorang yang sangat hebat orangnya.

Menurut orang tua aku, beliau datangnya dari Johor dan berhijrah ke Pahang dengan menaiki kapal sebagai seorang kelasi. Ini menunjukkan bahawa Atok Aki Man adalah seorang Kelasi.

Menurut Tok Chik pula, beliau ini sebenarnya datangnya dari Makassar, Sulawesi dengan menaiki kapal dan berlabuh di Johor. Beliau terus menetap di Johor. Dan ini juga membuktikan bahawa arwah Tok Aki aku adalah seorang yang berketurunan Bugis.

Menurut Pak Teh aku pula, Arwah sebenarnya anak jati Pahang dan dilahirkan di Pekan dan Hj Sulaiman juga adalah orang Tanah Melayu. Beliau hanya berhijrah ke Johor.

Atok aku ade 4 orang isteri dan 4 buah cerita yang berlainan tentang isteri-isterinya. Semasa di Johor, beliau telah mengawini 2 orang isteri. Isteri pertama beliau adalah orang Johor. Emak aku tak tahu namanya dan tiada maklumat tentang isteri pertama ini. Tetapi ada juga yang memaklumkan (oleh Tok Chik) bahawa isteri pertama beliau ini namanya Ara dan mereka tidak mempunyai anak. Tetapi apa yang emak aku tahu pula ialah dia mempunyai anak tunggal iaitu Abdul Hamid dan kebetulan pula keluarga itu hanya mempunyai seorang anak lelaki sahaja. Akhirnya tak dapat di kesan oleh kaum keluarga.

Isteri kedua beliau pula adalah lebih tua umurnya daripada beliau. Nama isteri kedua beliau ialah Mek dan asalnya adalah daripada Kelantan. Dimaklumkan bahawa beliau mempunyai lebih daripada 3 orang anak bersama isteri yang kedua ini.

Tok Aki menaiki kapal dan berhijrah ke Pahang bersama-sama 2 orang isterinya ini. Tok Aki menetap di Kg Mengkasar Pekan bersama 2 orang isterinya tersebut sehinggalah perang Jepun melanda dan Arwah bersama-sama isteri-isterinya melarikan diri ke Pulau Tawar, Jerantut. Setelah perang Jepun tamat, Arwah kembali semula ke Pekan dengan menaiki rakit (berhanyut). Sepanjang perjalanan, kesemua anak-anak Arwah meninggal disebabkan sakit. Menurut Pak Teh pula, anak-anaknya meninggal disebabkan tidak cukup susu sepanjang perjalanan berakit tersebut. Dan juga arwah sudah bernikah dengan isteri ketiga sewaktu itu dan juga anak sulung isteri ketiga (abang kepada Ayah Long), juga turut meninggal. Menurut cerita Tok Chik, sesampai pula di Pahang, Tok Aki aku bernikah lagi dan isterinya yang ketiga adalah nenek aku. Nama nenek aku yang ini adalah Esah Binti Hassan. Juga berketurunan Bugis. Hasil perkahwinan ini beliau telah dikurniakan 4 orang anak. Anak yang pertama ialah Zakaria (Ayah Long), kedua Saliha (emak @ mak ngah), ketiga Radziah (Mak Teh) dan yang kempat ialah Razali (Ayah Busu). Dimaklumkan nenek meninggal kerana sakit kenser dalam perut.

4th wife ialah Essah Binti Hassan umurnya 18tahun. orang kampung kate isteri muda. Beliau ade 11 orang anak.

Lain pula cerita dari Pak Teh aku. Arwah sebenarnya bekerja di Pekan sebagai kerani dimasa pemerintahan Inggeris. Dengan kerja inilah beliau menyara keluarganya. Bangga aku juga kerana bukan calang-calang orang juga yang boleh bekerja dgn Inggeris di masa itu. Oleh kerana arwah mengalami sejenis penyakit (penyakit lembik), membuatkan beliau tidak boleh datang bekerja dan terus diberhentikan.

Beliau juga adalah merupkan seorang bomoh/pawang diraja iaitu berkhidmat untuk Sultan Pahang sewaktu itu (Sultan Muhammad dan Sultan Abu Bakar ). Ilmu perubatan bomoh ini diperolehi daripada "Darat".

Die adelah Ketua Kampung di Kampung Mengkasar Pekan. Kebolehannye ialah Mengubati orang sakit, Pandai membuat layang2, Gasing traditional, Pandai Berlumba Perahu, Bersawah padi, Bersilat, Mengaji (guru mengaji, berzanji, marhaban dan sebagainya) dan senang di katakan beliau serba boleh orangnye.

Beliau ada juga membuka gelangang silat dan beliau meminta Pendekar Hussein (juga seorang Bugis) untuk mengajar beliau di dalam ilmu persilatan ini. Sebagai penuntut yang paling rapat, beliau telah diberi sebilah keris oleh Pendekar tersebut. Dimaklumkan bahawa keris tersebut adalah keris pusaka (datangnya dari seberang) dan sangat hebat "isi"nya dan usianya juga sangat lama (lebih daripada 100 tahun). Menurut Pak Teh pula, keris pusaka ini adalah datangnya daripada isteri ketiganya yang berketurunan Bugis.

Sifat peribadinya sangat mulia

5 comments:

Jejakadesa said...

Di kampung koi dulu ramai menuntut ngan Pendekar Hussein ni.

prEciouS said...

saudara kenal dengan arwah aki saya ini???

Nizam Awang Brahim said...

Tak kenal.Koi mude lagi weh.Anok Pendekor Hussein koi kenal la tapi dah meninggal di Kuala Lumpur.Orang panggil dia Pawang Kadir tapi bukan Pawang Kadir yang di Bera tu.

prEciouS said...

waaahh.. kalau gitu banyok laaa orang pekan awok kenai...

BudakFelda said...

Pendekar Hussein anak Tok Bahaman ke ni?. Yang koi pernah dengar nama dia pendekar hussein tu lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Jantan. Abah koi pernah kabo yang arwah aki koi dulu seguru dengan dia. Arwak aki koi guru silat kat kampung kilang, temerloh.