Suzuki Sprinter 80cc. Motor ini pada mulanya aku gunakan semasa aku belajar di UNITEN dahulu. Aku pakai motor ini setelah bapak aku tolong aku membelinya di Bentong dengan harga RM400.00. Aku menggunakannya lebih kurang 3 tahun sampai aku tamat belajar pada tahun 2002.
Kalau ditengok bentuk asalnya memang tak dak tempat nak pandang, tetapi memandangkan ianya banyak berjasa kepada aku, aku bertekad untuk menyimpannya juga.
Kalau ditengok bentuk asalnya memang tak dak tempat nak pandang, tetapi memandangkan ianya banyak berjasa kepada aku, aku bertekad untuk menyimpannya juga.
Aku menghabiskan banyak juga duit untuk refurbish balik motor aku ini. Nak jadikan ianya istimewa so aku dan bapak aku cuba mencari barang spare part dan modofied mana-mana part yang sudah tiada lagi di pasaran. Memang susah kerana tak ramai orang yang masih lagi menggunakan motor jenis ini jika dibandingkan dengan Honda.
1 comment:
Hehehe..nampak jugak motor antik tu kuar kat internet..gua pun guna jugak motor antik ni masa belajar dulu..bawak awek tgk wayang kat mines..hampir hari2 motor ni parking kat mines..yg best nya masa parking tu tak da org pun nak jeling sbb rupamya dulu..kah kah kah.
Post a Comment