Hari ini aku, bapa aku, Ayah Busu dan Abang Peramu; kami berempat pergi membuat lawatan ke tempat orang membuat parang di Kemaman. Dari cerita yang aku dengar, orang tua ini memang terkenal di Seluruh Malaysia bagi peminat-peminat senjata parang ini. Beliau dikenali dengan nama Pak Razak. Orangnya sudah berumur. Dianggar di dalam 70 an. Agak sukar juga sebenarnya untuk membolehkan beliau membuat parang untuk kami tetapi dengan pujuk rayu oleh Abang Peramu, akhirnya Pak Razak sunggup juga membuat parang untuk kami. Gembira yang teramat sangat dengan kesanggupan Pak Razak tersebut.
Aku sebenarnya terkejut juga melihat tempat dimana Pak Razak ini membuat kerja. Lengkap dan besar tempatnya. Peralatannya juga agak moden. Berborak dengan beliau tidak menjemukan. Macam-macam cerita boleh didengar tetapi aku lebih berminat dengan cerita pengalaman beliau sebagai seorang tukang besi. Menurut beliau, ilmu besi/membuat parang ini diperolehi daripada orang tuanya dan ilmu yang dipeturunkan ini sebenarnya tidak habis kerana keadaan kucar kacir disebabkan perang Jepun melanda Malaysia sewaktu itu. Diantara nisbah yang dimaklumkan ialah bapanya mempunyai 3 ilmu dan beliau hanya berjaya menghabiskan 1 sahaja.
Bapa aku dengan Pak Razak. Setakat ini, bapa aku hanya mempunyai 2 bilah parang buatannya. Kami hanya mendengar nama dan kesohorannya. Gembira yang teramat sangat kerana hari ini dapat juga bertemu muka dengan orang yang sebenarnya. Bukan senang sebenarnya orang tua ini hendak bergambar dan berbual-bual dengan orang yang tidak dikenalinya.
Pak Razak mendemo kat aku cara-cara beliau membuat parang dan "sepoh" parang. Ia dimulakan dengan membakar besi tersebut sehingga menjadi warna kemerah-merahan. Lain jenis besi, lain pula jenis kemerahannya. Hanya orang yang mahir sahaja boleh mengetahui merah yang macamana untuk besi yang tertentu. Lain besi, lain pula had kemerahannya.
Aku sebenarnya terkejut juga melihat tempat dimana Pak Razak ini membuat kerja. Lengkap dan besar tempatnya. Peralatannya juga agak moden. Berborak dengan beliau tidak menjemukan. Macam-macam cerita boleh didengar tetapi aku lebih berminat dengan cerita pengalaman beliau sebagai seorang tukang besi. Menurut beliau, ilmu besi/membuat parang ini diperolehi daripada orang tuanya dan ilmu yang dipeturunkan ini sebenarnya tidak habis kerana keadaan kucar kacir disebabkan perang Jepun melanda Malaysia sewaktu itu. Diantara nisbah yang dimaklumkan ialah bapanya mempunyai 3 ilmu dan beliau hanya berjaya menghabiskan 1 sahaja.
Kemudian ianya akan di celup kedalam minyak yang telah dicampur dengan bahan-bahan tertentu berserta dengan jampi/bacaan yang tertentu. Nampak mudah, tetapi rumit sebenarnya.
7 comments:
Saudara Precious,
Bolih saya hubungi anda ?
No Tpon saya adalah 016 2195670
Antara 9.30 malam ke atas.
atau sebelum 12.00 tengah hari, atau 2.30 hingga 4.
Hj Rahman .
Anda cal saya, dan saya akan cal anda balik .
Salam.
Hebat.
http://lamanpahang.blogspot.com/2011/02/kedai-parang-triang-01.html
tumpang tnye...dimana nak dptkan buku Tuhfat Al-Nafis??..
salam tuan ..tumpang tanya dimana rumah pak razak dan pak ismail? saya duduk di kemaman berminat nak buat parang... jika tuan x keberatan boleh email sy pro_intergrated@yahoo.com atau msj or call sy 0199336865
Saya juga berminat.
0193827279
ada sesape tau cmne nk g umah pak razak?
ada sesape tau cmne nk g umah pak razak?
Post a Comment