Sunday, October 5, 2008

Beraya D' Muar

Petang hari raya kedua, aku dan keluarga aku terus ke Muar pula untuk beraya. Disana cuma tinggal mak mertua aku sahaja. Maklumlah di sana aku terpaksa menjadi anak bongsu pula jika dibanding dengan di sini. Perjalanan ke sana agak lama jika dibandingkan dengan hari biasa. Hujan dan banyak traffic kali ini. Maklumlah, musim perayaan.Keesokkan harinya kena bangun awal kerana "chief" sudah menyusun agenda untuk family. Sebagai abang sulung di dalam famili sebelah isteri aku, Long merupakan "Kapten" di dalam keluarga. Kami cukup hormat dan sayang dengan abang Long sorang ini.
Berbeza dengan hari raya yang lain, kali ini kami ke Johor Bahru pula. Bertolak seawal 9.00 pagi kami mula menziarahi saudara mara di sepanjang perjalanan kami ke JB.Bergambar di rumah mertua Abang Manaf. Salah satu agenda utama Long kali ini adalah untuk makan beramai-ramai di rumah Abang Atan di Kota Tinggi. Kami semua mengosongkan perut semata-mata untuk menikmati juadah di situ. Wooo.. memang sedap. Tengoklah sendiri. Sesampai sahaja kami kat sana, makanan sudah siap terhidang. Beginilah gelagat cucu-cucu Wak Lias. Tak kira dimana, memang tak makan saman. Bukannya selalu dapat berkumpul macam ini. Perjalanan kami berakhir di Pontian. Lepak kat rumah abang Manaf. Lepak gila seharian beraya kali ini. Sampai di Pontian lebih kurang pukul 11.30 malam. Apa lagi, aku pun terus bersiap-siap untuk................tidor............Ini pula kenangan motor Vespa Arwah Abah yang dijaga rapi oleh Abang Manaf. Thanks Abang kerana masih menjaga kenangan ini. Semoga ianya terus diabadikan turun-temurun kenangan ini.
Ini pula Abang aku yang paling sporting... Memang best dan jiwanya sentiasa muda. Tak percaya....? Tengoklah sendiri. Suami isteri sama sahaja... Anak dah 6 tuuuu... Anyway... Keep on with ur style.. We love it.....

No comments: