Monday, October 27, 2008

Koleksi Peribadi Abah

Keris Tilam Sari berbaju Bugis Melayu

Kenangan D Sg Lembing

Agenda petang tadi adalah untuk melawat waris aku yang berada di Sg Lembing pula. Kidnap Ayah Busu dahulu dan terus ke sana. Arwah Aki mempunyai abang iaitu Abdullah dan kali ini kami melawat anak sulung Tok Dollah ini. Kami menggelarnya Ayah Ngah Sudin(Shamsuddin). Disana kami cuba lagi susur galur keluarga kami. Tak banyak juga yang kami dapat tapi boleh laaa untuk dibawa bekalan.
Ayah Busu bersama Ayah Ngah Sudin. Bukan senang nak dapat peluang sebegini
Abah yang juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Ayah Ngah Sudin ini.
Balik daripada rumah Ayah Ngah Sudin aku mengambil peluang untuk mengisi minyak dengan pam petrol yang dikatakan paling tua di Malaysia. Pam minyak ini terdapat di bandar Sg Lembing itu sendiri
Beginilah keadaan pekerja pam minyak tersebut dan lihatlah sendiri betapa tuanya pam minyak tersebut. Susah nak tengok pam sebegini lagi di zaman sekarang ini dan tak sangka Sg Lembing masih lagi mengekalkan sejarahnya.
Yang ini pula jambatan gantung yang terdapat di Sg Lembing. Masih kukuh dan agak panjang.
Yang ini adalah tanda sukatan air banjir yang pernah melanda Sg Lembing. Ini adalah banjir yang besar pernah melanda bandar tersebut pada tahun 2002 dan 1979. Terdapat di masjid Sg Lembing itu sendiri.



Sunday, October 26, 2008

Nina N Barbie

Nina dan subang Barbie....
Di Times Square
Lukisan Barbie Di Tangan.. Dan
diantara yang dapat diselamatkan Limited Fashion Show from Color Of Benetton.. Dapat kumpul semua
Yang ini pun...
Assesories Barbie.....

Thursday, October 23, 2008

Musim Video Kembali lagi

Beginilah keadaan salah satu kerja aku setiap tahun. Menyiapkan video clip untuk digunakan oleh Naib Presiden TNBD dalam satu event beliau. Memang memenatkan. Biasanya dalam 2 minggu sebelum event itu berlansung.. aku dan En Halim biasanya tidak cukup tidur punyer.. bersengkang mata laaaa nak menyiapkan video berikut. Kali ini video ini akan digunakan di Pulau Pinang.. Gembira laa sikit aku membuatnya.. dapat berjalan ke Pulau Pinang nanti. Video ini dikenali sebagai Montaj Distribution Leage Table.. Dalam majlis tersebut, VP akan menjemput Dato Che Khalid sebagai tetamu utama. So, kena serious dalam pembikinan video tersebut. Yang paling menyeronokan dalam pembikinan video ini ialah aku boleh jadi director.. habis semua GM-GM Negeri aku boleh arah-arahkan... Bukan senang tahu... Disamping itu juga aku boleh kenal dengan ramai VIP TNB.. Memang best. Pernah suatu masa dahulu, aku dapat sijil penghargaan dalam membuat video ini. Dipanggil naik ke pentas dan VP sendiri yang menyerahkan sijil tersebut. Satu lagi aku pernah dapat sebuat buku yang VP personely sign untuk aku..
Berbeza dengan tahun-tahun lepas kali ini aku boleh buat video ini di rumah bos aku sendiri.. Dekat-dekat seminggu juga lepak kat rumah dia.. makan minum ditanggung.. dapat tidur kat dalam bilik yang selesa.. tempat kerja yang selesa.. berbaloi-berbaloi... Tapi dalam selesa tersebut, aku jatuh sakit gak.. tiba-tiba bleh demam.. terkejut kut sebab tak pernah lagi bos ajak pegi rumah dia...
Beginilah keadaan meja atau tempat aku buat editing.. berselerak sekali.. banyak lagi yang perlu dibuat ini.. harap-harap dapatlah aku siapkannya..

Thursday, October 16, 2008

Sakitnya Hati

Pagi-pagi dingin 15hb aku berlepas juga ke KL untuk kerja seperti biasa. Kena pastikan juga aku sempat utk punch card sebelum pukul 8.00 pagi. keadaan highway seperti biasa, tidak banyak kereta. Aku memandu macam biasa.. mengantuk juga + boring. Highway dah banyak nak buat maintanance sebab banyak tanah yang runtuh. Oleh itu banyak lencongan yang dibuat...

Hari ini hari malang aku.. setelah aku memasuki lencongan yang pertama, aku memandu seperti biasa dan lencongan itu agak panjang. Entah macamana didalam ketebalan kabus, tiba-tiba aku nampak ada sesuatu di tengah-tengah jalan di dalam samar-samar jalan tersebut. aku cuba juga memberhentikan kereta aku.. YA ALLAH.. rupa-rupanya kon-kon pembahagi jalan bertaburuan di jalan tersebut. aku cuba juga mengelak sehingga masuk ke jalan orang sebelah sana... juga tidak dapat mengelak... langgar juga leerr apa yang mendatang. yang pastikan aku cuba juga meminimumkan... Nasib baik tiada kereta pada masa itu...sehingga aku berjaya memberhentikan kembali kereta aku dan memastikan aku berada di lane yang betul.. terfikir juga.. tak boleh berhenti lama-lama nie.. Nanti orang kat belakang sambar pulak.. aku jalan perlahan-lahan dan parking kat bahu jalan dgn selamat. Kon-kon ini aku rasa dilanggar oleh lori ini.. banyak juga yang diseretnya... panas betul hati aku.. sedih ada.. geram ada... nak menangis ada... frust ada...apabila aku melihat bumper aku... yang paling jelas di kepala aku.. aku nanpak RMnya mempunyai sayap dan beterbang-terbangan... hu hu hu... pas tuu baru lak sebulan lepas bini aku buat hal dan repair bumper ini..."TUHAN SAHAJ YANG TAHU BETAPA SAKITNYA HATI AKU...."

Wednesday, October 15, 2008

Koleksi Keris Abang Peramu















Bugis Sepukal




Pandai Sarah



____________________________

Sundang

Tuesday, October 14, 2008

Sejarah Bugis

Untuk rujukan bersama :- (dipetik dari http://www.geocities.com/abangk/bugis.htm)

Raja Kechil, yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah adalah pemerintah awal wilayah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Pada mulanya bertapak di Johor, kemudian Riau, selepas itu apabila baginda membuat keputusan untuk menetap di Siak Sumatra, Daeng Loklok yang bergelar Bendahara Husain ingin mengambil alih pemerentahan Johor tetapi tidak dipersetujui oleh Raja Kechil. Bendahara Husain kemudiannya menemui Raja Sulaiman, putra Almarhum Sultan Kuala Pahang bagi menggunakan pengaruh baginda untuk mendapatkan bantuan 5 beradik Raja Bugis; Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak and Daeng Kemasi bagi tujuan tersebut.
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.
Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.
Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.
Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.
Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.
Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.
Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.
Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.
Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.
Sultan Salehuddin (Raja Lumu - 1742-1778)
Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.
Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor sampai kepengetahuan Sultan Muzaffar Shah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.
Sultan Muzaffar Shah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda.
Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat.
Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Shah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Shah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain.
Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Shah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati.
Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap.
Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.
Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan.
Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang anak iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah.
Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua.
Sultan Salehuddin mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan Marhum Salleh. Baginda memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga 1778 .
Sultan Ibrahim (1778-1826)
Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menhadi Orang Besar bergelar di Selangor.
Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.
Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.
Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.
Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid.
Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu.
Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu.
Pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor.
Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826 Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor.
Almarhum meninggalkan 12 orang putera dan 9 orang puteri. Mereka-mereka itu Raja Muhamad (Sultan Selangor III), Raja Ismail, Raja Yusof, Raja Siah, Raja Siti, Raja Aminah, Raja Fatimah, Raja Mariam, Raja Maimunah, Raja Khatijah, Raja Halijah, Raja Abdullah, Raja Haji, Raja Abd Rahman, Raja Abbas, Raja Salleh, Raja Hussin, Raja Usoh, Raja Hamidah dan Raja Said.
Hatta, bermulalah sejarah keturunan Bugis yang bertapak di Kuala Selangor dari keturunan Daeng Chelak.
Sultan Muhamad (1826-1857)
Sejarah seterusnya setelah Sultan Ibrahim mangkat, Raja Muhamad ditabalkan sebagai Sultan Selangor ketiga.
Raja Muhamad ( Sultan Selangor III )

Sunday, October 12, 2008

Tok Aki Man

Nama sebenar Arwah Atok (sebelah emak) aku ini ialah Abdul Rahman Bin Haji Sulaiman. Menetap di Pekan Pahang dan beliau merupakan anak yang ke 2 daripada 2 adik beradik. Kiranya beliau ini adalah anak bongsu. Nama abang beliau pula ialah Abdullah Bin Hj Sulaiman. Tidak banyak yang aku tahu mengenai arwah, tetapi apa yang dimaklumkan, disampaikan atau diceritakan bahawa beliau adalah seorang yang sangat hebat orangnya.

Menurut orang tua aku, beliau datangnya dari Johor dan berhijrah ke Pahang dengan menaiki kapal sebagai seorang kelasi. Ini menunjukkan bahawa Atok Aki Man adalah seorang Kelasi.

Menurut Tok Chik pula, beliau ini sebenarnya datangnya dari Makassar, Sulawesi dengan menaiki kapal dan berlabuh di Johor. Beliau terus menetap di Johor. Dan ini juga membuktikan bahawa arwah Tok Aki aku adalah seorang yang berketurunan Bugis.

Menurut Pak Teh aku pula, Arwah sebenarnya anak jati Pahang dan dilahirkan di Pekan dan Hj Sulaiman juga adalah orang Tanah Melayu. Beliau hanya berhijrah ke Johor.

Atok aku ade 4 orang isteri dan 4 buah cerita yang berlainan tentang isteri-isterinya. Semasa di Johor, beliau telah mengawini 2 orang isteri. Isteri pertama beliau adalah orang Johor. Emak aku tak tahu namanya dan tiada maklumat tentang isteri pertama ini. Tetapi ada juga yang memaklumkan (oleh Tok Chik) bahawa isteri pertama beliau ini namanya Ara dan mereka tidak mempunyai anak. Tetapi apa yang emak aku tahu pula ialah dia mempunyai anak tunggal iaitu Abdul Hamid dan kebetulan pula keluarga itu hanya mempunyai seorang anak lelaki sahaja. Akhirnya tak dapat di kesan oleh kaum keluarga.

Isteri kedua beliau pula adalah lebih tua umurnya daripada beliau. Nama isteri kedua beliau ialah Mek dan asalnya adalah daripada Kelantan. Dimaklumkan bahawa beliau mempunyai lebih daripada 3 orang anak bersama isteri yang kedua ini.

Tok Aki menaiki kapal dan berhijrah ke Pahang bersama-sama 2 orang isterinya ini. Tok Aki menetap di Kg Mengkasar Pekan bersama 2 orang isterinya tersebut sehinggalah perang Jepun melanda dan Arwah bersama-sama isteri-isterinya melarikan diri ke Pulau Tawar, Jerantut. Setelah perang Jepun tamat, Arwah kembali semula ke Pekan dengan menaiki rakit (berhanyut). Sepanjang perjalanan, kesemua anak-anak Arwah meninggal disebabkan sakit. Menurut Pak Teh pula, anak-anaknya meninggal disebabkan tidak cukup susu sepanjang perjalanan berakit tersebut. Dan juga arwah sudah bernikah dengan isteri ketiga sewaktu itu dan juga anak sulung isteri ketiga (abang kepada Ayah Long), juga turut meninggal. Menurut cerita Tok Chik, sesampai pula di Pahang, Tok Aki aku bernikah lagi dan isterinya yang ketiga adalah nenek aku. Nama nenek aku yang ini adalah Esah Binti Hassan. Juga berketurunan Bugis. Hasil perkahwinan ini beliau telah dikurniakan 4 orang anak. Anak yang pertama ialah Zakaria (Ayah Long), kedua Saliha (emak @ mak ngah), ketiga Radziah (Mak Teh) dan yang kempat ialah Razali (Ayah Busu). Dimaklumkan nenek meninggal kerana sakit kenser dalam perut.

4th wife ialah Essah Binti Hassan umurnya 18tahun. orang kampung kate isteri muda. Beliau ade 11 orang anak.

Lain pula cerita dari Pak Teh aku. Arwah sebenarnya bekerja di Pekan sebagai kerani dimasa pemerintahan Inggeris. Dengan kerja inilah beliau menyara keluarganya. Bangga aku juga kerana bukan calang-calang orang juga yang boleh bekerja dgn Inggeris di masa itu. Oleh kerana arwah mengalami sejenis penyakit (penyakit lembik), membuatkan beliau tidak boleh datang bekerja dan terus diberhentikan.

Beliau juga adalah merupkan seorang bomoh/pawang diraja iaitu berkhidmat untuk Sultan Pahang sewaktu itu (Sultan Muhammad dan Sultan Abu Bakar ). Ilmu perubatan bomoh ini diperolehi daripada "Darat".

Die adelah Ketua Kampung di Kampung Mengkasar Pekan. Kebolehannye ialah Mengubati orang sakit, Pandai membuat layang2, Gasing traditional, Pandai Berlumba Perahu, Bersawah padi, Bersilat, Mengaji (guru mengaji, berzanji, marhaban dan sebagainya) dan senang di katakan beliau serba boleh orangnye.

Beliau ada juga membuka gelangang silat dan beliau meminta Pendekar Hussein (juga seorang Bugis) untuk mengajar beliau di dalam ilmu persilatan ini. Sebagai penuntut yang paling rapat, beliau telah diberi sebilah keris oleh Pendekar tersebut. Dimaklumkan bahawa keris tersebut adalah keris pusaka (datangnya dari seberang) dan sangat hebat "isi"nya dan usianya juga sangat lama (lebih daripada 100 tahun). Menurut Pak Teh pula, keris pusaka ini adalah datangnya daripada isteri ketiganya yang berketurunan Bugis.

Sifat peribadinya sangat mulia

Anak Saudara Abah Ke Sg Isap

Salah satu agenda setiap tahun di atas permintaan makcik-makcik aku ini ialah mereka hendak makan laksa masakan emak aku. So, terpaksalah buat open house untuk mereka ini. Lagi pun memang seronok kalau mereka semua ini datang ke rumah abah.
Ini pula diantara pakcik-pakcik aku.
Auntie Nina yang tidak ketinggalan menambah laksa.. Ummmmpphhh...
Laksa Penang dan Laksa Lemak... Pilih-pilih.....
Yang ini pula upacara nak balik..... Siap taupow lagi Auntie Long.......

Wednesday, October 8, 2008

Seharian D' Kemaman

Hari ini aku, bapa aku, Ayah Busu dan Abang Peramu; kami berempat pergi membuat lawatan ke tempat orang membuat parang di Kemaman. Dari cerita yang aku dengar, orang tua ini memang terkenal di Seluruh Malaysia bagi peminat-peminat senjata parang ini. Beliau dikenali dengan nama Pak Razak. Orangnya sudah berumur. Dianggar di dalam 70 an. Agak sukar juga sebenarnya untuk membolehkan beliau membuat parang untuk kami tetapi dengan pujuk rayu oleh Abang Peramu, akhirnya Pak Razak sunggup juga membuat parang untuk kami. Gembira yang teramat sangat dengan kesanggupan Pak Razak tersebut.
Aku sebenarnya terkejut juga melihat tempat dimana Pak Razak ini membuat kerja. Lengkap dan besar tempatnya. Peralatannya juga agak moden. Berborak dengan beliau tidak menjemukan. Macam-macam cerita boleh didengar tetapi aku lebih berminat dengan cerita pengalaman beliau sebagai seorang tukang besi. Menurut beliau, ilmu besi/membuat parang ini diperolehi daripada orang tuanya dan ilmu yang dipeturunkan ini sebenarnya tidak habis kerana keadaan kucar kacir disebabkan perang Jepun melanda Malaysia sewaktu itu. Diantara nisbah yang dimaklumkan ialah bapanya mempunyai 3 ilmu dan beliau hanya berjaya menghabiskan 1 sahaja.Bapa aku dengan Pak Razak. Setakat ini, bapa aku hanya mempunyai 2 bilah parang buatannya. Kami hanya mendengar nama dan kesohorannya. Gembira yang teramat sangat kerana hari ini dapat juga bertemu muka dengan orang yang sebenarnya. Bukan senang sebenarnya orang tua ini hendak bergambar dan berbual-bual dengan orang yang tidak dikenalinya.Pak Razak mendemo kat aku cara-cara beliau membuat parang dan "sepoh" parang. Ia dimulakan dengan membakar besi tersebut sehingga menjadi warna kemerah-merahan. Lain jenis besi, lain pula jenis kemerahannya. Hanya orang yang mahir sahaja boleh mengetahui merah yang macamana untuk besi yang tertentu. Lain besi, lain pula had kemerahannya.

Kemudian ianya akan di celup kedalam minyak yang telah dicampur dengan bahan-bahan tertentu berserta dengan jampi/bacaan yang tertentu. Nampak mudah, tetapi rumit sebenarnya.
Beginilah keadaan besi yang merah menyala apabila ianya dicelup ke dalam minyak untuk disejukkan.

Last sekali barulah ianya dicelup pula dengan air. Tidaklah terkejut sangat besi itu kalau ianya terus dicelup kedalam air. Menurut Pak Razak, besi akan rosak kalau ianya dicelup terus kedalam air.
Beginilah keadaan dapur tempat dimana Pak Razak membuat kerjanya.
Ini pula adalah mesin penempa besi digunakan untuk membentuk besi.
Masih juga perlu menggunakan tukul/manual untuk menhaluskan lagi bentuk yang dikehendaki.
Beginilah bentuk besi yang telah dicelup dengan minyak dan air. Dibiarkan sebentar untuk ianya benar-benar sejuk. Jika dilihat ianya menjadi warna hitam.
Kemudian Pak Razak akan mengasahnya dan membentuk seperti yang dikehendaki. Proses ini betul-betul memerlukan skill yang tinggi.
Bukan mudah sebenarnya nak membentuk pisau/parang seperti yang dikehendaki. Ianya memerlukan skill dan kesabaran yang sangat tinggi.
Akhir sekali parang tersebut akan diasah dengan menggunakan batu asah. Berbagai bentuk, saiz, kekasaran, kehalusan batu asah. Menurut Pak Razak, batu asah yang digunakan adalah mengikut kegunaan parang tersebut.
Ada juga sesetengah parang/pisau dimana Pak Razak terus menggunakan mesin canai untuk mengasahnya. Ini bergantung kepada kegunaan parang tersebut dan kekerasan besi.
Melepak di rumah Pak Ismail pula. Disini kami ada juga membuat tempahan parang. Pak Ismail ini agak mudah orangnya jika dibanding dengan Pak Razak. Disini aku menempah mata untuk bakal Tumbuk Lada aku kelak.