Wednesday, May 20, 2009

Aku Demam


Aku demam...................................

Tuesday, May 12, 2009

Keluarga Ku D' Melaka

Tanggal 9 hb Mei, ILP Kuantan mengadakan hari keluarganya di Air Keroh, Melaka... Seperti biasa aku dipaksa oleh isteriku untuk menghadiri hari tersebut dan aku bersetuju memandangkan ianya adalah hari untuk bersama-sama keluargaku walaupun banyak perkara yang perlu aku selesaikan pada waktu itu.
Kali ini no 96 adalah no bertuah untuk keluarga aku di Melaka. Nombor sempena no kereta kelisa ku (9060)...
Tetapi memang ianya hari bertuah. Ila bersama anak-anak ke atas pentas untuk membuat cabutan bertuah.. Wahhh.. besar hampa (hemper) yang kami dapat + dengan cabutan bonus.
Ini lah hadiah yang diperolehi oleh keluargaku dalam hari keluarga ILP tahun ini. Hamper dan kain sutera (cabutan bonus)
Pada petang hari, aku membawa semua keluarga ku ke zoo Melaka (Zoo Neraka kata Yana).
Cantik juga permandangan kat situ tetapi alahai..... panas nyerrr......
Bermain sakan mereka kat dalam tuuuu...
Rayyan juga tidak lepaskan peluang ini....
Pemandangan tepi tasik... Memang indah sekali...
Posing sket kat tempat yang indah nie....
Berehat sebentar... Kepenatan....
Kembali cergas untuk memulakan perjalanan dalam zoo nie....
Di Taman kura-kura (Turk wonder pet..... kata Irfan...)
Di taman burung-burung.....
Tempat yang dinanti-nanti mereka.. tengok harimau secara live....
Panas... penat...lapar...dahaga.......... besarnyaer zooo nieee....
Merasa juga mereka menaiki kuda yang betul...... besar yek abah kuda nie.....
Eh eh.. kenapa kuda Angah kecik ajerrrr..... tapi cute laaa abah.. boleh pegang rambut dia...
dah tak larat dah nie....
Nina dan Irfan.....
Kuda nie kecik nyer laaaa... abah.... sama tinggi ngan Apan.. Kenapa dia pandang Apan????
Tumpasnyer seorang pahlawan di dalam kerusi baby nie... 3 jam berjalan di dalam zoo nie....
Sukan Famili.... ini adalah diantara gula-gula yang menjadi rebutan ramai....
masing-masing menyusun strategi untuk mendapatkan seberapa banyak gula-gula yang boleh
Yaaahhh... yeeehhh.. arhhhh.. peh. pah... tebaboooo....he he he... ini aje yang dapat.... he he he....
Acara perebutan kerusi... angah kalah... Nina berjaya setakat pusingan terakhir... dapat hadiah color pencil....
Acara seterusnya... memecahkan belon.. Umi memberi semangat nie.....
Belon dah besar.. kenapa tak pecah-pecah... try duduk lak....
Umi menunggu giliran...
he he he... acara kegemaran.. berlari dalam guni nie.....
yeeeerrr....
Umi dan Nina..
Tasik yang biru dan indah.. tenang seperti tiada apa-apa di dalamnya.. hanya kau sahaja yang memahaminyer.... begitu juga aku... agar sukar untuk difahami dan kadang-kala aku sendiri tidak mengertinya.....Duniaku mudah... senang.. simple... juga mengelirukan... hatiku tiada siapa yang tahu...ketegasanku sering kali disalah erti... tetapi aku percaya.. suatu hari nanti kebahagian bakal menunggu ku di sana.....
Warna ku bertambah banyak dan berwarna warni.. diri ku susah difahami lagi... tapi aku tetap dengan pendirian ku.. biarlah aku dengan dunia ku dan engkau dengan dunia engkau..Aku masih tidak mengerti apa-apa lagi... semuanya indah, cantik, lembut, berwarna warni dan sedap.. semuanya bahagia... banyak yang perlu ku lalui lagi... I love U all............
Nina, Irfan dan Yana
Rayyan dan Umi
Di depan resort...............Air Keroh Melaka.....
Terima Kasih segala-galanya.. kenangan bersama kamu akan ku abadikan sehingga akhir hayat aku.. aku cukup bahagia bersama kalian semua..
Keluarga Bahagia 2009

Wednesday, May 6, 2009

Sehari Bersama Keris D' Muzium

Tanggal 25 April, pihak muzium menganjurkan pertandingan keris. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan rakan-rakan keris yang mana sebelum ini hanya bertemu di dunia maya sahaja. Agak terkejut juga aku bila melihat mereka semua. Sesetengahnya tidak seperti yang ku gambarkan. Ku kira agaknya mereka begitu juga.. "Siapa agaknya Tilam sari???? Ye ker ni Tilamsari??...."
Ini laaa gaya ku.. Kepanasan sebenarnya... tak boleh duduk diam...
Gambar ini diambil candid oleh Prof Ramli (salah seorang otai dalam dunia perkerisan ini). Gelagak inilah yang mempamerkan ke"cinaan" aku.. Ah Long dikatakan...
Ini pula aku dengan rakan-rakan dari Singapura.. Yang badan besar tuuu nama mayanya BigG dan yang kecil sedikit tuu MHalid manakala yang baju kuning tuuu Abang Peramu (Kerismaker).
Seronok juga dapat bersua muka dengan mereka nie....Yang ini pula saudara AlamShah.. Ilmiah orangnya.. Selalu menjadi pakar rujuk diantara kami di dalam MP.Yang ini pula Harizant.. Mistik orangnya.. boleh mengesan isian didalam senjata kuno ini (jika ada) .. seram, seram.. boleh berkawan dengan Azliz nie....
Kat sebelah lagi tuuu...isteri kesayangan ku... muka BORING habis.. nak ikut sgt... nak wat cam mana.. tetapi itulah dia kawan-kawan baru kuuu.. agak pelik pelik belaka orangnya...
Tetapi aku bangga juga dengan mereka ini... Berpakaian Melayu Kuno dan yang peliknya.. ia tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila berpakaian sedemikian rupa... Syabas semua....

Saturday, March 14, 2009

Lawak Lagi Kul 12.00 mlm

nyanyian bisu
http://www.youtube.com/watch?v=2PcvnFX-Lwk

masalah nikah kat sempadan
http://www.youtube.com/watch?v=ZFuXRtIUYI4

Lawak Hari Ini 11.30 mlm

dengar betui-betui.....

http://www.youtube.com/watch?v=i24YXFhzSSc

kah kah kah

BONDA, AYAHANDA, KEKANDA, ADINDA

"Ya Allah.. Ya Tuhanku... Selamatlah keluarga ku, anak-anakku, cucu-cucuku serta kesemua keturunan ku.... Amin, amin ya rabbil alamin.."
.
.
.
.
Satu petikan yang sempat ku ilhamkan untuk adik ku.....

Adik…
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....Pernahkah adik menatap orang-orangyang adik sayang saat mereka sedang tidur ?Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.Perhatikanlah abah saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambutnya mulai meninggalkan kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.Sekarang, beralihlah. ...Lihatlah emak pula....Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kitasalah ertikan.Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...Abah, Emak, AbangKakak, Adik, Anak, Sahabat,Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan adik. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.Pengorbanan yang kadang melelahkanserta memenatkan merekanamun enggan mereka ungkapkan.Dan ekspresi wajah ketika tidur punmembantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".Dan penyebab lelah dan penat itu?Untuk siapa dia berpenat lelahTak lain adalahKITA.....Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan dukabersama kita.Resapilah kenangan-kenangan manis danpahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.Rasakanlah betapa kebahagiaan danrasa terharu seketika menerpa jikamengingat itu semua.Bayangkanlah apa yang akan terjadi jikaesok mereka "orang-orang terkasih itu"tak lagi membuka matanya,untuk selamanya ... "

Senyum Pakcik Senyum

Beginilah keadaan pakcik pengayuh beca di Terengganu yang dipaksa senyum untuk bergambo...Apamacam.. hansem tak????
Tersebut laaa kisah, antara orang Selatan dan orang Timur apabila mereka terpaksa bercakap untuk menyampaikan hajat masing-masing...
Orang Selatan tidak pernah menaiki beca, maka dicubanya untuk merasa juga bagaimana perasaan menaiki beca di tengah-tengah panas di bandar Terengganu itu...
Orang Timur pula... emmppmmmhh kena doh nie... Orang jakun naik beca hambo... paneh pong paneh loh.. janji ado gok rezeki ari nie... boleh hentee kot budok nie...
Dengan kesungguhan pakcik tuu mengayuh becanya biarpun tulang tuuu doh tak berapa daya lagi... (depan kamera katakan.. kena tunjuk macho... awek lak yang naik.. tak kan tak daya kut...)
Alamak... naik bukit laaaaa pulak... aduh... pakcik mencuba dan mencuba lagi....rasa macam nak kebelakang pulak beca nie... tapi dengan penuh semangat ke macho an, pakcik tuuu mengayuh juga.... awek kat sebelah wehhhh...
Akhirnya sampai juga tempat yang hendak dituju.....
OK sapai doh nak....
Eh Eh pakcik... ini bukan TNB tempat bayar api tuu...
Eh Eh.. inilah nak tempat bayor api tuu...
Tak pakcik.. bangunan dia tinggi...
Hok tuu pakcik tok tahu, ore baya api kat sini laaa nak...
Waaaaaaaaaaaa... tak pakcik.. bukaaaannnnnn...
*Y%#&*(&^&%^&^%^#$%^& --> RM8.00 utk 15 minit
tup tap tup tap.... Bini aku kena jalan kaki juga cari aku..... Berpeluh wa cakap sama luuuuu...