Pengalaman aku yang paling indah dalam tahun 2008 ini. Semua keluarga aku ada termasuklah yang paling kecil (Little Rayyan).
Sebenarnya tujuan aku ke sana adalah atas urusan kerja, tetapi ”sambil menyelam, minumlah sedikit air kat sana”.
Tempat yang paling aku nak tengok ialah air terjun di situ iaitu sebelum sampai ke Tanah Rata. Banyak kali ke Cameron, aku hanya lalu, tak singgah. Kali ini aku nekad juga singgah. Dapat celup kaki kat air terjun tu jadilah. Kami pergi bukan waktu/hari-hari kemuncak so, tak ramailah orang kat sana.
Cantik sungguh suasana dan pemandangan di situ. Rasa macam nak stay 1 malam aje.. nasib baik tak de hotel kat situ.
Then aku sambung balik perjalanan aku ke Tanah Rata. Pening juga kepala aku dengan jalan yang benkang-bengkok tu.... Suhu kat atas ni memang sejuk.. tapi tak sesejuk pada suatu masa dahulu. Pernah aku berada kat sana, seluruh tempat diliputi kabus tebel. Jarak pemandangan pun tak jauh. Memang sejuk betul. Bercakap pun keluar asap. Macam negeri mak salleh lah rasanya.
Yang paling tak tahun waktu malam. Sejuk bukan main. Minum air teh o berasap tapi boleh juga minum. Dapat seteguk air panas, bukan main bestnya. Rata-rata suhu pada malam hari lebih kurang 15 C manakala siang pula dalam 20 C. Best... kat bawah tak dapat suhu nie....
Tempat yang paling aku suka lawati ialah smoke house... tak tahulah, bagi aku tempat ini indah sekali. Aku cukup kagum dengan warna bunga-bunga dan hiasan ala-ala English nie.. cukup cantik.. nak tidur kat sana tak mampu, tengok je ler... paling kuat aku ambik gambor je ler...
Kemudian strawberi tak boleh dilepaskan. Tanpa menjamah buah ini, tak complete kita berada di cameron. Makan sakan aku dan anak-anak aku buah ini. Salah satu persembahan strawberi ini yang paling aku suka ialah strawberi blended ini... woooo bestnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment