Friday, September 26, 2008

Pulang Beraya..

Bermula dari Jalan Timur PJ lebih kurang pukul 12.00 tghari. Aku harap jalan tak jem. Kalu tidak teruk nak sampai ke Kuantan ni.
Nampak jalan OK jerk..
Akhirnya aku berjaya juga sampai ke tol Gombak... Jem juga kat KL, tapi tak teruk sgt. Hujan sikit-sikit jerk...Ini pula di dalam terowong di Genting Sepah...Ini kat Lentang... Bila laaa aku nak bawak family aku singgah kat sini...Sampai kat tol Karak.... Sepanjang perjalanan tak jem.. pehh best...Ini di pula sisepanjang highway.. Jambatan yang paling indah (pintu gerbang Pahang) di sepanjang perjalanan iaitu di TemerlohSampai kat Maran.. lebih kurang 1 jam lagi sampai laa aku kat Kuantan...Gambang 46 Km lagi.. tak sabar rasanya...Ini pula tempat dimana selalu polis buat speed trap... hati-hati.. 110km/jam sahaja tau...Gambang lagi 15 km... tak sabar, tak sabar.....Akhirnya sampai juga susur keluar ke Gambang.. Kira sampai laa ke Kuantan... Highway pun clear.. best...Ini plaza tol Gambang.... RM16.90... bayar, jangan tak bayar.....Jem laa pulak kat depan masjid Batu 10. Biasalah kat kem tuu ada traffic light dan sikit depan ada baza ramaddan.... panjang nieee....Simpang ke Pekan... Tempat lahir aku nie.....Simpang ke Permatang Badak....Haa.. ini simpang masuk ke Sg Isap...Sepanjang jalan Sg Isap. menuju ke rumah parent aku.... Aduh.. aman, tenang dan indah.. tak lah serabut macam kat KL tuuu..
Teng, teng.. akhirnya... rumah bapak aku..... sampai juga.. jam dalam pukul 3.30 ptg.. sepanjang perjalanan tak jem.. kira OK.. aku ada terdengar radio, lambat sikit ajer, tersangkut gila kat dalam KL.. Nasib, nasib....

Thursday, September 25, 2008

3 hari 2 malam di Cameron Highland (2008)

Pengalaman aku yang paling indah dalam tahun 2008 ini. Semua keluarga aku ada termasuklah yang paling kecil (Little Rayyan).
Sebenarnya tujuan aku ke sana adalah atas urusan kerja, tetapi ”sambil menyelam, minumlah sedikit air kat sana”.
Tempat yang paling aku nak tengok ialah air terjun di situ iaitu sebelum sampai ke Tanah Rata. Banyak kali ke Cameron, aku hanya lalu, tak singgah. Kali ini aku nekad juga singgah. Dapat celup kaki kat air terjun tu jadilah. Kami pergi bukan waktu/hari-hari kemuncak so, tak ramailah orang kat sana.
Cantik sungguh suasana dan pemandangan di situ. Rasa macam nak stay 1 malam aje.. nasib baik tak de hotel kat situ.

Then aku sambung balik perjalanan aku ke Tanah Rata. Pening juga kepala aku dengan jalan yang benkang-bengkok tu.... Suhu kat atas ni memang sejuk.. tapi tak sesejuk pada suatu masa dahulu. Pernah aku berada kat sana, seluruh tempat diliputi kabus tebel. Jarak pemandangan pun tak jauh. Memang sejuk betul. Bercakap pun keluar asap. Macam negeri mak salleh lah rasanya.

Yang paling tak tahun waktu malam. Sejuk bukan main. Minum air teh o berasap tapi boleh juga minum. Dapat seteguk air panas, bukan main bestnya. Rata-rata suhu pada malam hari lebih kurang 15 C manakala siang pula dalam 20 C. Best... kat bawah tak dapat suhu nie....

Tempat yang paling aku suka lawati ialah smoke house... tak tahulah, bagi aku tempat ini indah sekali. Aku cukup kagum dengan warna bunga-bunga dan hiasan ala-ala English nie.. cukup cantik.. nak tidur kat sana tak mampu, tengok je ler... paling kuat aku ambik gambor je ler...
Kemudian strawberi tak boleh dilepaskan. Tanpa menjamah buah ini, tak complete kita berada di cameron. Makan sakan aku dan anak-anak aku buah ini. Salah satu persembahan strawberi ini yang paling aku suka ialah strawberi blended ini... woooo bestnya....
Bini aku pula suka beli sayur kat situ. Katanya ia fresh sangat dan murah dan terdapat sayur-sayuran yang tiada kat bawah sana. Berbelanja sakan kami membeli sayur-sayuran ini. Beli utk kenkawan....

Sunday, September 21, 2008

Our First 2008 Cookies


Memandangkan harga kuih dah semakin mahal, kami terpaksa mengambil alternatif lain untuk menyempurnakan juga hari raya tahun ini. Bermula dengan membeli bahan-bahan mentah (alamak... rasanya rega dah lebih mahal kalau dibanding dgn beli kuih siap... tak pe janji semangat tuu mesti ada...)


Sehinggalah cuba membentuk rasa, bentuk, warna dengan pelbagai gadget yang canggih....
Sehingga...... pehhhh.. nasib baik jadik!!!!

Rahsianya..... memanglah menjadi sebab kuih nie tiap-tiap tahun ada... tak mencabar lah...
Yang mana yang mencabar....... Yang kat bawah ini.. Very limited item.........


KUIH RAYA "WONDER PET"

Ila First Lasagna

Satu perkara yang aku suka tang bini aku ini ialah dia suka mencuba walaupun hasilnya belum tentu jadi seperti yang sepatutnya....
Apa bleh buat.... Nasib badan !!!!!!!!
But this one....... Not bad !!!!






Another collection of him

Sepasang Parang Garuda Bintang Mengkasar










Friday, September 19, 2008

My Father Collection

Sepasang Parang Kakak Tua Kemuning Sari (2008)












Wednesday, September 17, 2008

Why Do I Love My House



because it my house.....