Sunday, February 8, 2015

Parang/Golok Sembelih Kemo

Daripada buang kayu-kayu yang tidak digunakan ini.... kita cuba buat sarung parang...
juga nak try kayu yang baru Tukang Yus dapat iaitu sena.. diantara sena yang berjaya diselamatkan daripada hanyut tempohari di Temerloh..

inilah Kemo yang akan digunakan nnt... Keras nya teramat..



Siap daa bahan2 kasar... mlm ni cuma ngukir pula...





Cubaan untuk letak di gelang dan temin gagal sebab pecah dan retak...
Sempat juga dengan mata bilah Kemaman ini.. Bilah Pok Jak "R"... lama dah ku simpan... berbaloi dapat buat pakaian rare mcm ini...



nak cuba letak juga... last2 dapat idea nak tanam sikit kemo ini di hujung hulu tuu...
Hasilnya......







Puas hati... terima kasih sekali lagi tukang Yus...

No comments: