Monday, February 16, 2009

Lawatan Rakan Nusantara

Tanggal 13 Februari, aku dikunjungi rakan persenjataan Nusantara ini. Beliau dikenali dengan gelaran Aji Saipan. Dari Singapura, sederhana orangnya. Melihat pada gambar, macam orang nak pecah rumah sahaja tetapi apabila mengenali beliau, baik orangnya....
Agak terkejut apabila beliau membawa sebanyak 32 bilah keris untuk dibaikpulih... satu jumlah yang banyak bagi kami sebagai kolektor kecil-kecilan di sini. Ditambah pula dengan jumlah kayu kemuning yang baik-baik (nearly RM3K) kesemuanya.....
Tiga hari di Kuantan bersama rakan-rakan kolektor disini.. Seronok sekali. Satu pengalaman yang sungguh menarik dan tidak akan dilupakan...
Prof Ramli bersama-sama anak-anaknya membungkus kemuning yang dibeli oleh AjiSaipan untuk dibawa ke Kuantan.Yang inilah Prof Ramly. Tokeh kemuning dan amat mahir dalam perihal kemuning. Agak mistik juga orangnya...
Lawatan kolektor Kuantan menengok koleksi-koleksi Aji Saipan....
Aji Saipan menerangkan cerita-cerita setiap kerisnya. Jauh perjalan setiap satu keris dan sudah tentu ada mempunyai 1001 cerita tersirat mahupun tersurat.
Pak Mus yang begitu asyik mendengar cerita.. Tukang yang mahu menyembunyikan diri.. Lan Merin yang cuba menghayati keindahan setiap bilah keris. Ilmiah orangnya.. Rozi yang malu-malu kucing hanya memerhati dari jauh (kat pintu tu jer)....
Yunus aka Whykeris sedang memerhatikan keris dan menghayati sejarah serta cerita nya...
Antara keris-keris yang ada di dalam majlis tersebut.
Koleksi keris Lan merin.. sungguh indah sekali...
Yang ini dikenali sebagai Sundang.. sangat lama senjata ini dan ada diantaranya menjangkau 5 angka... tak mampu lagi setakat ini untuk memilikinya...
Untuk tatapan dan kenang-kenangan....
Terima kasih sahabat baruku.. semoga kami di sini lebih mengetahui rahsia-rahsia yang masih belum dibongkar untuk kita kaji dan hayati bersama-sama...
Insyallah.......

Friday, January 30, 2009

Diriku Irfan

Duniaku berwarna-warni... Setiap satu sungguh indah... diadun pula dengan kombinasi yang sedondong... Sungguh indah....
Nama ku di sana-sini.. siapakah yang memahaminya... aku sendiri pun tidak mengerti... cantik kah? lawakah? haluskah?
Adakah ini yang dikatakan seni oleh orang yang kononya pakar, mahir, tahu segala-galanya...
Tetapi.. aku hanya mengerti... Aku Mohd Irfan Aqil Mohd Andrie...
Dengan caraku, dengan gayaku, dengan ilhamku, dengan duniaku..............

Keindahan Batu Hitam - Irfan

Keindahan Pantai Batu Hitam.
Sentiasa menjadi sumber ilham ku
Walaupun Umi tidak mengerti setelah beberapa kali ku cuba sampaikan kepadanya
Ilham aku hanya ditertawakan.....
Hanya pandai bermain sahaja....

Tetapi... inilah aku... Mohd Irfan Aqil Mohd Andrie....

Dengan caraku, dengan gayaku, dengan ilhamku, dengan duniaku....

Abang Ku - Long

Dikala aku tidak mengerti lagi erti kehidupan sebenar, kau mengengam tangan ku, memimpin aku dan adik beradik mu supaya tidak jauh terpesong dari jalan yang sebenarnya. Tetapi entah kenapa, diwaktu itu, semua sesuatu yang remeh itu dianggap begitu berat sekali. Segala-galanya seperti tidak betul. Segala-galanya tidak cukup. Cukup menyakitkan hati. Ku turut kerana aku takut kepadamu.

Baru kini ku sedar, teguran tersebut adalah dari orang yang tersayang rupanya. Baru ku sedar bahawa ianya adalah satu pengorbanan. Pengorbanan yang cukup besar untuk adik-adikmu. Pengorbanan seorang abang. Kini ku anggap kau sebagai pengganti kepada arwah abah. Tiada yang dapat duduk di tempatnya. Walaupun tidak sama, tetapi watak serta tindak tanduk serta keramahan mu saling tidak tumpah. Sekurang-kurangnya, kau boleh meredakan rinduku kepada abah.
Long, maafkan ku andai selama ini, aku ada menyakiti hatimu, membuat salah kepadamu. Tiada niat lansung di hati ini untuk melukakan mu. Ku sanjung mu dan akan ku contohi semangatmu itu untuk keluarga ku ini dan generasi kita seterusnya. Akan ku ingat segala pesan-pesan mu itu... Insyallah Long............

Nukilan adik mu - Zila

Monday, January 26, 2009

TOUS Idaman

Memang dah lama isyeriku mengidamkan anak beruang ini... tetapi apa akan daya diwaktu itu aku masih lagi belajar dan tidak mampu untuk memilikinya.. Mula-mula bagiku ianya sungguh tidak menarik.. Tetapi lama-kelamaan, aku boleh menerimanya dan ia semakin cute jika kita mengenalinya dan mendalaminya...

Aku mula dengan membeli rantai anak beruang ini.. Pink color dan kuberikannya kepada Yana.. Suka Yana menerimanya memandangkan Yana amat mengemari beruang di waktu ianya kecil-kecil..Our first anak beruang.....
Oleh kerana Yana masih lagi mengemari anak beruang ini, Uminya pula membelikan set rantai dan subang ini khas untuk dia... "Kongsi-kongsi nyan umi heh...."
Yang ini TOUS buatan Korea...
Ku lihat dua beranak ini sangat meminati anak beruang ini, maka aku bercadang untuk memberi uminya sesuatu yang amat istimewa di hari lahir umi yang ke 35.. Ku belikan set TOUS ini kepadanya....
TOUS Set....
SELAMAT HARI LAHIR... I LOVE U....

Friday, January 23, 2009

Ayam Masak Pandan

Not bad... sedap mata memandang, sedap lagi tekak menelannya....
Very nice presentation.....
So, yang inilah tukang masaknya dan tukang menelannya....

Graduation Yana

Tamat sudah persekolahan tadika Yana.... TQ all.....