Tuesday, November 24, 2009

Hati Seorang Bapa


Ada ketika mau ku tukarkan matahari dengan bulan
pabila melihat kalian keletihan
ketiduran
tapi kudrat ku hanya membolehkan
kututup bidai dan langsir
agar rehat lebih indah

Ada waktu mau ku pimpin tangan setiap waktu
pabila melihat kalian tersasar
perjalanan
tapi upaya ku hanya membenarkan
ku tegur salah dan silap
agar segalanya nanti lebih lancar

Waktu duduk-duduk kita di banglo besar
waktu jalan-jalan kita berkereta mewah
segala harapan menggunung
semuanya kujanjikan
untuk masa depan kalian
agar lebih berjaya dari seorang bapa yang
sentiasa kepayahan

walau duduk-duduk kita kini hanya dirumah sewaan
walau jalan-jalan kita hanya berkereta pinjaman
segalanya masih menggunung
semuanya masih untuk kalian
walau hanya harapan
satu masa nanti
kalian lebih berjaya dari seorang bapa yang
sentiasa kekurangan

Khaz64
Nov 25, 2009

Friday, November 20, 2009

LAYANNNN-Kemaruk Inggeris Deco

Saja-saja menghilangkan kebosanan... Projek di rumah sewaku... layannnnnnn




Saturday, November 14, 2009

Monday, November 9, 2009

Kenangan Terakhir Di Rumah Muar

Adakah suasana seperti ini akan berulang lagi di masa akan datang... Harap-harap ianya tidak berakhir sampai di sini sahaja.
Keluarga.. satu keluarga.. satu famili.. air yang dicincang tak kan putus... semoga apa yang berlaku sekali pun.. keluarga adalah tetap keluarga..
Semoga keluarga ini akan tetap bersatu walaupun apa sekali pun yang berlaku dan semoga gambar ini adalah bukti talian kekeluargaan yang amat erat sekali.
Insyallah...

Sunday, November 8, 2009

Al-Fatihah

Tepat pukul 12.22 mlm hari ini, Tok Mak menghembus nafasnya yang terakhir di hospital HUKM. Sempat aku dan Ila sampai ke hospital melihat mak sebelum dia pergi. Sebak di hati ini bila melihatkan mak semasa terlantar di hospital.

Jenazah mak dikebumikan di Muar. Semoga roh mak ditempatkan bersama-sama org yang di sayangi Nya..... Amin....

Thursday, November 5, 2009

Sehari Di Taiping

Sampai di tempat yang dah lama aku idamkan... bersama-sama rakan sekerja...
Inilah gerai yang pernah masuk dlm TV3 suatu masa dahulu
Tak sangka kat sini masih lagi pakai petrol pam macam ini...
Hidangan yg di order sudah sampai.. memang betui org cakap.. mee udang kat sini kena selak udang baru boleh nampak mee...
He he he.. aku dengan muka yang amat berpuas hati...
Rakan-rakan aku yang tidak sabar.... nyum nyum...
Gambar sebelum...
Dalam proses.... kepedasan sebenar nya tuuu...
slurrppp... memang ho liaw....

Gambar selepas......
emmmmm... memang puas hati...