Tanggal 13 Februari, aku dikunjungi rakan persenjataan Nusantara ini. Beliau dikenali dengan gelaran Aji Saipan. Dari Singapura, sederhana orangnya. Melihat pada gambar, macam orang nak pecah rumah sahaja tetapi apabila mengenali beliau, baik orangnya....
Agak terkejut apabila beliau membawa sebanyak 32 bilah keris untuk dibaikpulih... satu jumlah yang banyak bagi kami sebagai kolektor kecil-kecilan di sini. Ditambah pula dengan jumlah kayu kemuning yang baik-baik (nearly RM3K) kesemuanya.....
Tiga hari di Kuantan bersama rakan-rakan kolektor disini.. Seronok sekali. Satu pengalaman yang sungguh menarik dan tidak akan dilupakan...

Prof Ramli bersama-sama anak-anaknya membungkus kemuning yang dibeli oleh AjiSaipan untuk dibawa ke Kuantan.Yang inilah Prof Ramly. Tokeh kemuning dan amat mahir dalam perihal kemuning. Agak mistik juga orangnya...
Aji Saipan menerangkan cerita-cerita setiap kerisnya. Jauh perjalan setiap satu keris dan sudah tentu ada mempunyai 1001 cerita tersirat mahupun tersurat.
Pak Mus yang begitu asyik mendengar cerita.. Tukang yang mahu menyembunyikan diri.. Lan Merin yang cuba menghayati keindahan setiap bilah keris. Ilmiah orangnya.. Rozi yang malu-malu kucing hanya memerhati dari jauh (kat pintu tu jer)....