Saturday, January 17, 2009

Irfan Belajar Berjalan

Di dalam kebosanan ini dan di kala aku mengemaskan folder di dalam komputer ini, terjumpa olehku beberapa video cam (HP). Ku lihat beberapa video clip dan yang ini agak berlainan pula. Tersentuh hati melihatnya...

Bibik (Manis) merupakan bibik kami yang pertama... Baik orangnya... pandai juga mengambil hati...menjaga kami sekeluarga terutama anak aku yang sorang ini.. Irfan baru nak belajar berjalan walaupun sebenarnya sudah lewat baginya... Tetapi sayang, tidak tahu kenapa, dia menghilangkan diri... Alhamdulillah dipertemukan kami orang sepertinya dan semoga dia berbahagia dan senang bersama dunia dan rakan-rakannya di luar sana. "Kami halalkan segala-galanya........."

Dikala Irfan sudah mula berjalan, adiknya Little Rayyan masih lagi terlentang. Hanya mampu senyum sahaja di usianya sebegini.. anak-anak kawanku ada yang dah mula nak berjalan.. Tak pelah anak, janji ko selamat, sihat dan bergembira selalu....


Satu lagi tabiat Irfan ialah, dia ni suka benar main air... Ada suatu hari tuu, uminya melepaskan dia bermain air di kala aku sedang menyiram bunga.. Apa lagi, seperti ayam terlepas dari reban... Dia main betui-betui laaa........

No comments: