Dikala aku tidak mengerti lagi erti kehidupan sebenar, kau mengengam tangan ku, memimpin aku dan adik beradik mu supaya tidak jauh terpesong dari jalan yang sebenarnya. Tetapi entah kenapa, diwaktu itu, semua sesuatu yang remeh itu dianggap begitu berat sekali. Segala-galanya seperti tidak betul. Segala-galanya tidak cukup. Cukup menyakitkan hati. Ku turut kerana aku takut kepadamu.
Baru kini ku sedar, teguran tersebut adalah dari orang yang tersayang rupanya. Baru ku sedar bahawa ianya adalah satu pengorbanan. Pengorbanan yang cukup besar untuk adik-adikmu. Pengorbanan seorang abang. Kini ku anggap kau sebagai pengganti kepada arwah abah. Tiada yang dapat duduk di tempatnya. Walaupun tidak sama, tetapi watak serta tindak tanduk serta keramahan mu saling tidak tumpah. Sekurang-kurangnya, kau boleh meredakan rinduku kepada abah.
Long, maafkan ku andai selama ini, aku ada menyakiti hatimu, membuat salah kepadamu. Tiada niat lansung di hati ini untuk melukakan mu. Ku sanjung mu dan akan ku contohi semangatmu itu untuk keluarga ku ini dan generasi kita seterusnya. Akan ku ingat segala pesan-pesan mu itu... Insyallah Long............
Nukilan adik mu - Zila
No comments:
Post a Comment