Sunday, January 17, 2010

100 more to go

Minggu ini pergi lagi ke Pilah.....
Kesian akan masa Abg Ajak terkejar-kejar balik dari kerja, kami cuba sediakan sistem pengairan yang lebih sempurna...
Diantara pokok gaharu yang sihat berada di kebun Abg Ajak... Umur baru seminggu dalam kebun ini..
Tempat lepak.. letih juga buat kerja ini.. Target another 100 pokok untuk ditanam dalam minggu ini..
Oleh kerana kerja tidak berapa banyak, pada sebelah petang, sebelum abah dan Ila balik, kami semua pergi melawat ladang gaharu. Nasib kami baik kerana mereka tengah melakukan proses inokulasi..
Diantara prosesnya ialah, mengesan pokok yang sudah cukup diameternya dan drill..
Kemudian diletakkan ubat/kulat...
Proses meletakkan cecair inokulasi ke dalam lubang yang telah ditebuk..
Akhir sekali di tutup lubang tersebut....
Didalam ladang gaharu.. Dimaklumkan ada sebanyak 6000 pokok kesemuanya di dalam ladang ini...
2 beradik
Abah bersama tuan ladang sebenarnya...
Dimulakan dengan 2 pokok yang hendak ditanam di Sg Isap kelak... Semoga berjaya abah....
Dan semoga kita semua juga berjaya kelak.... Insyallah......

No comments: