Friday, December 12, 2008

Pemeriksaan Gigi

Hari ini aku membawa anak-anak ku pergi ke klinik beserah untuk membuat pemeriksaan gigi... Nina dan Irfan sungguh gumbira sekali kerana hanya membuat pemeriksaan biasa sahaja manakala Yana pula perlu membuat cabutan gigi kerana gigi bahagian bawahnya sudah tumbuh dan berlapis...
Janji tetap janji. Sejurus selepas pemeriksaan tersebut, aku penuhi hajat Nina hendak ke Batu Hitam, Beserah...
Gumbira sekali mereka sehingga Yana telah lupa akan kesakitan giginya....
Tengah memerhatikan ikan yang berkeliaran di celah-celah batu... Pengalaman pertama Irfan bermain di tepi pantai ini...
Yana juga menuntut hajatnya mahukan layang-layang pula.. terpaksalah aku mencari layang-layang buatnya.. Akhirnya berjaya.. Lepas tuu terpaksa lak menerbangkannya...tapi nampak cam bapaknya pula lebih-lebih nie.. isyk isyk isyk....
Layang-layang megah beterbangan di awan biru.. Layang-layang pertama bagi anak-anak ku.. semoga kalian semua gembira...
" I LUV U ALL"

No comments: