Sunday, November 30, 2008

Bersantai Di TC




Petang hari tiada kerja, pergi makan KFC di TC dan terus bermain pasir di pantai TC ini.. Ternyata ianya tidak seindah suatu ketika dahulu....

Tuesday, November 25, 2008

Meet My Friends


Tomb rider.. apamacam?? agak-agak boleh geng tak???

wooo... yang ini seksi.. jap lagi suruh dia tukar baju lagi...

Lara Croff...wooo yang ini lagi seksi

Yang ini pula Iron Man... buat filem tak ajak aku...

Letih tul nak ajar dia nie sorang.. jangan pakai seluar cam tu... buat jugak...

yang ini pulak..Entahlah.. minat sangat dengan labah-labah...Itu leerr yang buat kawan dia kat sebelah tuu tak berkenan ngan mamat spiderman nie...

Yang ini pernah berlakun dalam cite Scooby.. Nasib baik orang kutip balik.. kalau tidak berterabur badannya.. kaki tah kemana, tangan tah kemana, kepala tah kemana.. isyk, isyk...

wooooo.. yang nie garang...ada ke patut orang letak dia berdiri.. dah banyak kali aku cakap dia nie kena letak terbalik.. itu nak marah laaa tuuu...

Pasebur Di Penang


Nampak lazat

Nampak sedap

Nampak cantik

Digabungkan ke dalam satu pinggan dan dilimpahi dengan kuahnya..

Nah... Ambik ko.. RM33.50 untuk 2 pinggan (2 orang makan...), tak termasuk air minum...
Serik-serik...

Monday, November 10, 2008

DLT D PENANG

Setelah hampir 2 minggu aku bertungkus lumus bersama En Halim dalam menyiapkan clip video ini, akhirnya pada 29/10/2008, aku berjaya juga menyiapkannya. Sehari sebelum itu, kami terpaksa berjaga sehingga pukul 4.00 pagi. Draf dah siap Cuma perlu present pada Dato Aishah.

Perjalanan bermula pada pukul 12.00 tengahari dari rumah en halim. Pengalaman yang amat menarik untuk sampai ke Pulau Pinang. Dalam perut yang lapar, kami bercadang untuk breakfast + lunch di perhentian Tapah. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam. Perut aku memang lapar giler... Sampai je di sana, aku terus makan.

Selepas selesai makan, kami menyambung kembali perjalanan kami. Cabaran kali ini pula ialah, apabila perut dah kenyang, mengantuk pula melanda.. Lebih kurang ½ jam, En Halim tukar memandu dengan aku pula. Sama seperti En Halim, aku Cuma boeh bertahan ½ jam sahaja (Sampai Taiping sahaja). Then tukar kembali dan En Halim sambung balik memandu.



Sesampai sahaja di Ipoh, permandangan di sana sungguh menarik. Kawasan ini dipenuhi oleh bukit-bukit batu kapur.. Ditambah pula dengan hujan yang menyejukkan lagi suasana. Best betul. Siap nampak pelangi lagi.

Sesampai di tol, aku tidak sabar-sabar untuk melalui jambatan pulau pinang ini. Tidak berapa menyeronokkan kerana jambatan ini masih lagi di dalam proses pembaikan.

Akhirnya dalam pukul 6.00 petang aku sampai juga di Hotel Hydro Majestic berhampiran Batu Feringgi. Cantik hotel ini ini dan begitu juga permandangan yang dapat dilihat melalui berenda bilik kami.

Malam itu aku kena baut persembahan kepada Dato Aishah. Suspend juga. Bimbang dia tak boleh terima clip video kami atau banyak yang perlu di perbaiki lagi. Akhirnya.... she really satisfied with the clip. Cuma perlu polish sahaja... Gembira betul dengan keputusan itu. Selepas itu, aku dan En Halim pun keluar pergi melihat-lihat di sekeliling P.Pinang ini. Cantik juga suasana malam di pulau ini. Sempat ke Golden Sand dan Gurney Drive...Tepat jam 12.00 malam, kami pulang semula ke Hotel.